F

the gram

Monday, 17 September 2012

kambing

entry ini tiada kaitan dengan kambing. boleh sambung baca.


sebulan bawak laptop pegi kolej dengan alasan nak siapkan assignment. sh*t satu apa pun tak siap. benci.



jumaat lepas balik rumah. aku sangat gembira dapat balik. SANGAT. GEMBIRA. tak dapat nak describe betapa girangnya hati aku dapat jejak karpet rumah. kat rumah pulak dapat makan bubur ngan lauk yang aku request kat Ibu before balik. taktau kenapa aku naaaaaaaaaaak sangat makan tu. makanan kampung tu jugak yang aku nak makan :')



kat rumah, aku cerita macam2 kat Ibu. semua benda aku cerita. aku cakap yang aku rasa aku tak boleh buat course ni. aku taktau kenapa dengan aku. lately aku rasa macam putus harapan pun ada. menangis siap.



semalam balik kolej balik. dalam kereta aku diam je. sampai kolej, aku rasa nak nangis. aku taktau kenapa cengeng nak mampus aku semalam. Ibu ngan Ayah pesan the usual:-

"belajar elok2"

satu ayat tu je. aku dah nak nangis. kat sekolah dulu ada la jugak nangis tapi masa zaman kecik2 je la. takde aku nangis sampai ke form 5 bila parents hantar balik sekolah. tapi semalam aku rasa nak nangis sangat. nak suruh Ayah patah balik rumah. nak duduk rumah je tak payah pegi belajar. nak duduk dekat2 ngan family. taknak hadap buku lagi. aku dah penat.



and so, lepas salam semua, Ayah aku reverse kereta nak keluar kolej. biasanya aku akan tunggu sampai kereta dah jalan. tapi semalam Ayah belum reverse kereta aku dah pergi dulu. air mata dah melimpah keluar. nasib baik takde orang dah balik kolej masa tu. yang nampak aku nangis pak guard tu je. dia nampak takpe. orang lain kalau nampak, jatuh maruah. ehh?



tapi dah aku pegi cerita kat blog, kompem2 orang lain tau aku nangis =.=
yours truly syaza atiqah