the gram

Saturday, 4 February 2012

lihatlah pinggangku yang rampinggg

tak ramping mana lahh saja nk bongak hihi.
pagi tadi tak jogging ngn mak aku sebab aku malas nk tukar baju.
aku work out dlm rumah je pakai baju tidur malas punya pasal.
pastu aku pun bwekpes.
konon nk jaga badan la aku pun makan muesli (sila google kalau taktau apa kejadahnya itu)
dah semangkuk aku makan baru perasan benda tu expired tahun lepas.
siot.
tapi nak kurus punya pasal, aku makan jugak benda tu.
jadi kalau aku tetiba muntah hijau aku tau lah apa sebabnya.
kalau tak, aku makan lagi lah utk bwekpes esok HAHAHA.


dan sekarang, kaki aku sakit.
eloklah tu.
esok ada ceramah dwiving lagi tapi yg ni utk motor pulak.


mimpi indah semua.
terutamanya aku lahh hihi.
Syarina, aku nk Cocopie Stwobewi sedozen please.

Friday, 3 February 2012

ooookaaaayyy

seriously rumah aku ni dah sejuk tahap Alaska dah ni.
macam aku pernah pegi Alaska -.-
tapi betul aku tak tipu.
memang sejuk.


aku edit entry before ni.
why?
rahsia..
aku boleh cite kat Syarina sorang je hewhew.


I work out.
oh aku bukan nyanyi lagu LMFAO tu.
aku memang betul2 work out.
okay not really work out laa.
the term 'work out' tu macam aku pergi gym aje.
kat rumah je.
haritu jogging ngn mak aku.
angkat dumbell sikit.
and pakai this slimming strap yg aku tak tau sape punya hihi.

hek eleh apehal lu minah kurus nak work out pulak. poyo la lu.

jgn lah camni LU.
aku dah tembam sekarang.
seluar pun dah tak muat sobs.
so please.

ooookaaayyy. gua still rasa lu poyo.

Friday, 20 January 2012

49/50

pagi tadi pergi ambik test computer kat driving school apa ntah kat Jalan Labu.
aku ngn sorang Indian girl ni je yg nak amik test.
dan dua dua lulus. yayyy!


tapi bukan tu yg aku nak citew.
the thing is yg kali ni aku tidak bisu.
aku beria borak ngn minah India ni. ok fine bukan aku lahh yg start dulu ofkos.
1Malaysia man. always believe in 1Malaysia.


anywayyy..
love is in the air hihihihi.
Syarina ada love stowy mowy kat tempat keje and with her driving instructor?
whatever.



LOVE.
ergh.

Sunday, 8 January 2012

transportations

semalam aku pergi Nilai ada KPP. hari ni pulak aku pergi KLCC sebab ada Edufair. maklumlah SPM leaver kan? 




from the top shall we?


pukul 7.30 pagi aku naik bas dari Jelebu. and guess what? jumpa Abdul Qodir Jailani ambik kau full name siap cuma aku taktau je dia bin apa. aku naik bas dulu. then dia pun naik. we both saw each other. aku blank taktau nak buat apa tapi dia macam bajet kamceng. dia buat muka macam "eh kau. tak sangka pulak jumpa kat sini". pastu dia duduk depan aku. dia tanya aku nak pergi mana. aku cakap lah yg aku nak pergi KL. aku belum habis jawab lagi dia dah cakap "ohh nak pergi rumah Kencut ke?". aku terkejut man. sebab datang dari dia. orang lain cakap macam tak kisah sgt tp dia.. err. awkward man. aku pun eksplen la yg aku nak pergi Edufair - KLCC - SyarinaAisyahSyarafina. aku tanya dia nak pergi mana pulak. dia nak pergi ambik lesen rupanya. kat tempat dia ambik tu RM900 je. ngok. tempat aku ni RM1400. blablabla.. dia tanya aku duduk mana. then dgn bangangnya aku jawab "Jelebu". tengah2 kitorang berborak tu, ada sape ntah call aku. aku pause la borak ngn Qodir. lepas aku dah layan call tu, kitorang tak sambung borak. sampai la dia turun dulu. 


oh yeah. aku bosan sebab bas tu dengar Sinar.fm. aku pun memakai lah earphone aku. lantas tudung aku terselak sampai nampak leher. bodohs. taktau lah dia nampak ke tak sebab aku usha sikit dia tengah tutup mata masa tu. harap2 tak nampak lah. aku ingin post kat wall dia cakap yg aku tak sempat cakap bye seperti yg telah aku buat di wall Rasydan (sekadar suka2) tp aku.. takut? ye aku takut ngn dia. tapi tadi kitorang borak macam biasa je. peliks.




sampai Seremban aku naik KTM sampai KL Sentral then LRT sampai KLCC. and I did it all by myself. LRT tu seronok. jumpa kawan lepas tu laaaagi seronok. best kot jumpa kawan balik. Edufair was awesome. then jalan2. we even got ourselves rings. konon symbol of everlasting fwens la kot. tapi tadi aku kena balik awal sebab aku nak kejar bas balik Jelebu. cis. jadi aku lah yg balik paling awal. jealous much.

Saturday, 7 January 2012

bisu.

siang tadi aku pergi ceramah KPP lah seperti yang dirancang. bukan aku sorang je rupanya. instructor tu jemput beberapa lagi budak perempuan lepas dia jemput aku. 
so ada dua orang Cina dua Melayu ngan sorang India. 1Malaysia man. tapi seperti biasalahh aku kan bisu bila jumpa orang yang aku tak kenal. tak pandai bersosial aku ni. 
aku diam je la sepanjang perjalanan dari Jelebu sampai Nilai. 
dan perjalanan itu lama.


sesampainya aku di Akademi Memandu Nilai (jangan tanya aku kenapa aku kena pergi Nilai padahal aku ambik lesen kat Jelebu sebab aku pun tak tau), aku pun mengeluarkan suara emas aku untuk bertanya pada minah India yang pergi sekali ngan aku ni.

aku : buat apa sekarang?
dia : tunggu je orang tu panggil nama kita lepas tu masuk bilik kot.
aku : ok.

itu je la. yang lain tu aku buat bunyi je macam "em" "oh". haha. aku ni memang tak guna. sementara nama aku dipanggil aku nampak budak lelaki pakai t-shirt MOZAC bhaha. semangat much. nama aku dipanggil dan aku kena masuk bilik kuliah (kuliah bagai). dah masuk tu aku tunggu je la ceramah tu untuk start. sedang aku menunggu aku terdengar nama yang familiar. Rasydan. terkejooot aku. aku pandang pintu then there he was. aku yang tegur dulu. well he seemed shocked to see me.


ceramah pun start. penceramah tu orang lelaki India (1Malaysia man). he was funny really besides his Malay yang bunyi ke'India'an tu (no offence Indians; if I have Indian readers lahh. perasan je aku ni). tapi aku mengantuk. dan bilik tu sejuk amat. then minum pagi di mana aku tidak dapat makan. dah la aku tak sempat nak breakfast. borak ngan Rasydan sikit then sambung ceramah then lunch. aku kebulur lantas aku membeli nasi. ramai yang taknak makan sebab takut tak sempat. setengah jam je untuk makan. peduli apa aku. tapi aku makan laju lahh. cuak kot. haha.


masuk bilik kuliah balik. ingatkan dah lambat. tapi penceramah tu lambat setengah jam. bodoh. nasib baik aku tak tercekik masa makan. sambung ceramah sampai 2.30 petang. pastu habis. jumpa Rasydan dan perbualan itu awkward karena aku dan dia tidaklah begitu rapat. so why on earth aku berborak ngan dia? aku kan pelik. aku suka bajet rapat tiba2 ni. aku pun balik Jelebu bersama sama rakan2 1Malaysia aku. aku tidur dalam kereta. aku sengaja tidur sebab aku tak tahan membisu dengan mereka ini. so there you have it. cerita ceramah KPP aku yang tak berapa ni.


Kuala Lumpur anyone?
yours truly syaza atiqah