F

the gram

Monday, 5 March 2012

kereta mati

hari ni aku drive lagi.
kali ni kereta aku baaaaaaaanyak kali mati.
and seriously banyak.
mati kat simpang.
countless.
tapi takleh lawan mati kat traffic light la.
dua kali lampu merah baru aku blh jalan.
mula2 berhenti sebab lampu merah.
cikgu aku suruh balance clutch ngn minyak.
"awak rasa tak kereta macam naik sikit? blablabla..", dia cakap.
ofkos saya rasa uncle.
tak cukup tekan minyak agaknya kereta aku lantas mati.
pada waktu itu lampu sudah hijau.
nasib baik belakang aku takde orang.
kalau tak kompem kena sumpahs.
sedang aku terkial kial itu lampu pun bertukar kembali merah.
bodoh -.-
aku terkial kial buat kali kedua.
mati lagi.
lampu hijau balik.
aku hidupkan enjin dan jalan!
tu pun terenjut enjut.
nasib baik tak mati balik tengah2 simpang tu.
sumpah malu.
dah la ramai orang tengok aku.
ada orang tua tu siap mengangguk lagi masa aku dapat jalan balik bila kereta aku mati kat simpang.
best kan atuk tengok cucu drive kereta?


balik rumah.
aku ajak mak aku pegi kedai cari tudung bidang.
esok nak pegi sekolah :)
karang pakai tudung bawal kena kondem pulok.
kitorang pn jalan2 cari tudung.
tak jumpa tudung bidang.
takpelah petang sikit boleh cari lagi.


balik dari cari tudung aku baring kejap.
lalu tidur.
bangun2 je aku rasa mata aku berat sebelah.
kelopak mata kiri aku kena gigit nyamuk.
aku nak tengok muka aku tapi takde cermin dekat dekat situ.
ada fon je.
aku pun amek gambar self-cam
hahahaha pemalas aku nih.
aku tengok gambar aku mak aih bengkak gila mata aku.


pergi kedai cari tudung kali kedua.
satu hal pulak aku kena membeliak beliakkan mata aku supaya tak nampak bengkak sangat.
tak jumpa jugak tudung bidang.
ahh malas aku.
aku pakai tudung bawal aja lantak cikgu lah nak kondem mengondem.


aku nak online.
tapi internet macam haremm kejap ada kejap takde.
bosan aku pun tengok gambar2 kat dalam laptop/netbook/ntah aku taktau.
gambar2 masa SPM dulu.
rindu gila gila gila gila gila gila.
tengok vid masa main truth or dare.
Ili cakap ngn Mr 5 Years tak tahan.
Syarol cakap ngn Arif Izzudin *ntah taktau ejaan* pun tak tahannn.
sumpah kelakar.
ah ye korang aku mintak maaf sebab tak menunaikan dare aku.
aku.. cuak.
hahahaha sorryyy :D


tetiba teringat.
ex-Faza..
kalau anda terbaca entry ini dan ada barang aku kat korang..
tolong bawak masa amek result nanti hahaha.
terutamanya kalau korang terjumpa lip balm Nivea strawberry aku
dan name tag KRS aku.


sekian sahaja pesanan penaja.

0 comments:

Post a Comment

yours truly syaza atiqah