F

the gram

Thursday, 14 March 2019

Daftar Akaun KWSP

So...aku dah kerja. Jadi kuli je. Since akhir bulan 1 haritu. Nasib baik ada member so takde la teruk sangat kerja. Ok la, aku pun setakat ni takde la koyak pasal kerja. Happy la kot :/

Anyways last Monday colleague aku ckp HR suruh bukak akaun KWSP. So aku tanya la makcik aku acano nak bukak akaun KWSP. Pastu dia kata sepatutnya majikan la yg bukakkan. Tp ada sorang lagi colleague aku ckp, senang je nak bukak. Pergi kat kiosk katanya. Aku mcm takleh imagine kiosk dia mcm mana.

So since minggu ni aku kerja tiga hari je aku ingat nak settle la benda tu hari ni. Semalam lepas kerja terus balik Jelebu. Hari ni nak settle akaun KWSP. Aku google la mana boleh bukak. So the nearest is at CIMB Titi. Aku pun pergi la tadi. Sampai sana aku ckp je nak bukak akaun KSWP tp pegawai tu tak faham. Aku cam cuak la sikit. Salah ke aku cakap “bukak akaun KWSP”? Patutnya aku kena ckp apa? Tp dia forward je aku kat pegawai lain. Katanya minimum RM250 nak bukak akaun? PASTU AKU CUAK AF LA AKU ADA SERATUS LEBIH JE DALAM AKAUN HAHAHAHA.

Tp aku maintain cool, aku terus transfer duit Tabung Haji aku masuk akaun sementara pegawai tu buat kerja dia :’)

Pastu dia tanya aku, aku takde akaun CIMB ke. Aku ckp eh ada la aktif lagi. Aku dah mula cuak balik sbb semalam aku tengok kat twitter, orang tu dia punya akaun CIMB kena close sbb tak update details. Gelabah jap aku ingat benda tu.

Then dia pelik, pastu dia tanya aku, “kenapa awak tak guna je akaun tu untuk masukkan gaji?”

YA TUHAN...

Aku mcm eh apebende la aku buang masa ni. Aku explain balik kat akak tu aku just nak bukak akaun KWSP je. Aku cite la aku google katanya kat sini boleh register thru kiosk. Pastu baru akak tu mcm faham. Dia terus OHHHHHH.....

Dia tunjuk la memang ada kiosk KWSP kat situ tp bendanya offline. Takleh guna. Sudahnya aku kena jugak pergi KWSP Seremban.


Image result for kwsp kiosk
Ni la kiosknya. Gambar ihsan google.


Aku drive nak dekat sejam jugak la. Sampai sana, aku terus tanya kat kaunter. Dia suruh buat kat kiosk je. Aku pun buat la. Tak perlu dokumen lain, tak perlu bayaran. Just masukkan IC dlm kiosk tu pastu key in phone number pastu siap. Mesin tu keluarkan penyata, at the same time ada sms masuk. TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN HAHAHAHA.


Sbb prosesnya kejap sangat, aku tak percaya la. Aku tanya kat pegawai tu so dah settle ke ni? Haah siap dah puan boleh balik J

So aku pun drive la sejam balik. Aku mcm tak sangka aku drive hampir dua jam pergi balik untuk urusan yang tak sampai lima minit. Mcm nak hangin but urgh Jelebu has nothing anyways. Sampai rumah aku buat online registration. Kiranya pergi Seremban tu untuk dapatkan login ID je la. Daftar online kena buat jugak. Pergi je kat website dia pastu login guna login ID yang baru dapat tu. Kelepap, dah siap.

Rupanya aku memang dah ada akaun KWSP. Masa aku jadi part time promoter time 2016 dulu. Lol the discoveries of life.

0 comments:

Post a Comment

yours truly syaza atiqah