F

the gram

Friday, 11 April 2014

just me being dramatic

skyped with Faqih (the boyfriend) just now. and I miss him a lot. like seriously. padahal hari2 text/call/whatsapp.


"hek eleh kecoh la kau macam kau sorang ada boyfriend"


okay la fine la aku mengaku aku menggeleb sikit. tapi kasi la can sikit. ni first time kot. tak pernah ada. takde pengalaman.  alaa I bet orang yang dah lama bercinta pun kadang2 menggeleb jugak kan kan kan? mengaku je la. k.


the thing is, currently both of us are studying in different universities. me in Nilai and him in Sarawak. overseas kot Faqih ni kau jangan pandang rendah kat dia haha. so like no way la aku nak jumpa dia selalu. bila dia balik Semenanjung je baru la ada peluang nak jumpa. tu pun baru jumpa 2 kali since we got together. and we've been together for I don't know, 3 months maybe?


"alaa kau baru 3 bulan je. aku ni haa dah bertahun tak jumpa. chill je"


itu kau. ini aku. dulu dia ada jugak tanya aku boleh ke tak buat benda ni. I mean doing this long distance relationship and I said yeah sure ofkos kenapa aku tak boleh buat pulak like benda ni senang je kot takde hal la aku.


and I have never been so wrong in all my life.


I can't stand being away from him (err..aku pun sendiri geli buat statement tu. ah dahek la sekali ni je nak geli2). then there was this one time his phone was broken and we couldn't whatsapp each other. his phone really was broken. I know he wasn't lying. so masa tu aku memang rasa pishang la takleh nak borak free lagi. whatsapp kan free. texting/calling requires money and I am not willing to spend a fortune on that hehe. tapi dia la yang selalu call. kadang2 aku call sebab aku rasa tak aci la kalau asyik dia je yang keluarkan duit aku pulak senang lenang je. tak jadi pengikis kah aku begitu? k over. tapi faham kan maksud aku apa?


taktau nak cerita kat siapa benda ni. nak cerita kat Ibu macam tak kena je. either our conversation will get awkward or she will give a response like "haa tu la kau sibuk nak berboyfriend sekarang potpetpotpet..."


cerita kat kawan? jatuh maruah aku nanti. aku ni dah la bawak imej budak ala ala tough dan tak berapa nak gadis kat USIM tu. sekali aku cerita yang aku rindu rinduan sama pacarku. aishh perkara itu harus dihindari. and I'm sure Syarina taknak dengar aku cerita pasal pacarku.


cerita kat Faqih? respons terbahagi kepada 3:-

  1. I miss you too (normally)
  2. Hmm (masa dia mengantuk)
  3. I dah tanya dulu kan you tak kisah ke kalau kita duduk jauh2 ni. you jawab apa. you kata tak kisah kan potpetpotpet... (masa aku cakap kat dia yang ni semua salah dia aku dah rindu rinduan la macam2)

I like the 3rd one best hehe.



so..there you have it la. takde benda pun. malah kau akan muntah dek kegelian. takpe aku faham. silakan la muntah.


Faqih showed me his new haircut and he hated it but to be honest, potong rambut macam mana pun aku rasa rambut dia tetap...hmm k takde apa la haha. regardless of how he looks like, how megi his hair is, he is still my boyfriend. nah mangkuk pergi muntah jauh2 sana shuh shuh.


p/s: kadang2 geli jugak mentioning the word "boyfriend" like iyuuu muntah tapi kadang2 aku rasa macam candace yang tergila gilakan jeremy dia. I love this feeling.


hehehehehehehe

Saturday, 22 March 2014

setahun kemudian

assalamualaikum semua. agak lama aku tidak update blog ye. malas. ingat nak delete je blog ni tapi rasa sayang pulak. best tengok revolusi diri sendiri dari remaja hingusan 15 tahun sampai la sekarang ni dah 20 tahun dah dak Syaza ni :'D


seekor semut baru sahaja menggigit bawah mata aku. yes. bawah mata aku. sakitnya tak terperi.


anyway..


sekarang ni aku nak sembang pasal hidup aku lepas last entry aku. aku masih lagi di USIM tapi bukan degree in dentistry. result aku tak berapa mantap nak enter fakulti perjijian as expected. masa dapat tau yang aku tak dapat masuk, aku terus cakap kat Ibu. 

"Ibu, kakak tak dapat masuk dentistry."

masa aku cakap tu hati kering lagi tapi lepas tu aku terus nangis semahu mahunya. Ibu terus peluk aku cakap yang it's okay, it's not the end and stuff. takyah cerita la berapa banyak kali aku nangis. masa tu bulan puasa tahun lepas yang aku dapat tau tu. rasa putus asa. macam dah tertutup habis peluang aku. macam dah takde masa depan. Syarina dapat medic. lagi la aku rasa sedih nak mampus. satu sebab aku berjauhan dengan bestfriend aku dan satu lagi rasa betapa bangangnya diri aku ni berkawan baik dengan seorang genius tapi tak jadi genius jugak. I spent most of my time with her but I can't be like her. kau tak rasa aku punya self-esteem patut jatuh bergolek masuk longkang ke?


tapi takpe. aku still berbangga dengan apa yang bestfriend aku dapat/buat/bakal jadi :)


so, kisahnya aku tercampak masuk ke FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI. fakulti yang jauh beda dengan perjijian. but it's not that bad after all. and I'm doing my degree in FOOD BIOTECHNOLOGY ftw!! currently in sem 2. setakat ni best la. kenal kawan baru and stuff. and surprisingly my results are wayyyyy better now than in tamhidi, Alhamdulillah :D walaupun aku masih lagi sedih dengan pemergian Syarina ke Pandan nan Indah, aku berusaha la jugak cari kawan baru. and ada la dapat kawan dua tiga empat lima enam (amboi ramainya) ketul. tapi Syarina jugak best hehehe.


dan ramai lagi yang senasib dengan aku. I mean, bebudak tamhidi dentistry yang tak lepas masuk jugak. so diorang pun terkandas la di Nilai ini. ada yang amik kimio industri, electronic engineering, sains aktuari, dan juga fizik gunaan. course yang menyimpang habis dari dentistry tapi kitorang teruskan hidup jugak kehkehkeh. budak medic yang tak lepas pun ada jugak. bertempiaran la masuk course kat FST tu haha.


and all my rants about not having a boyfriend has ended heh heh. he's a friend yang aku kenal masa form 5 dulu masa Labu immersion kat sekolah gah dan gemilang yang kat atas bukit kat Malacca tuu. lost contact then jumpa balik kat twitter then borak2 (lama la jugak boraknya) then terus jadi. baru lagi so aku taknak la macam "bakal imamku" or do stupid videos macam cinta alang untuk fiqah and other kinds of sh*t those wempitz teens do nowadays haha. when the time comes, the time comes. no need to rush. kalau ada rezeki, adalah. kalau takde, nak buat macam mana. tapi kalau boleh, nak la ada rezeki dengan dia HAHAHA k. 


tapi semalam Syarina share tazkirah dengan aku pasal couple ni. kena pandai balance. Allah dengan Rasul-Nya lebih utama. dan juga family. bukan boyfriend. thank youuu so much for the tazkirah, Syarina. seriously, I need some pengisian kerohanian from time to time.


omg bawah mata aku dah bengkak. this is so embarassing T.T


maka sekian sahaja entry aku kali ni.  till I have the will to write again O/


p/s: congrats to all adik adik cemerlang SPM. USIM menyambut kedatangan adik adik dengan tangan terbuka. USIM k, USIM. bukan akak. akak taknak sambut korang. kbye.
yours truly syaza atiqah