F

the gram

Saturday, 22 March 2014

setahun kemudian

assalamualaikum semua. agak lama aku tidak update blog ye. malas. ingat nak delete je blog ni tapi rasa sayang pulak. best tengok revolusi diri sendiri dari remaja hingusan 15 tahun sampai la sekarang ni dah 20 tahun dah dak Syaza ni :'D


seekor semut baru sahaja menggigit bawah mata aku. yes. bawah mata aku. sakitnya tak terperi.


anyway..


sekarang ni aku nak sembang pasal hidup aku lepas last entry aku. aku masih lagi di USIM tapi bukan degree in dentistry. result aku tak berapa mantap nak enter fakulti perjijian as expected. masa dapat tau yang aku tak dapat masuk, aku terus cakap kat Ibu. 

"Ibu, kakak tak dapat masuk dentistry."

masa aku cakap tu hati kering lagi tapi lepas tu aku terus nangis semahu mahunya. Ibu terus peluk aku cakap yang it's okay, it's not the end and stuff. takyah cerita la berapa banyak kali aku nangis. masa tu bulan puasa tahun lepas yang aku dapat tau tu. rasa putus asa. macam dah tertutup habis peluang aku. macam dah takde masa depan. Syarina dapat medic. lagi la aku rasa sedih nak mampus. satu sebab aku berjauhan dengan bestfriend aku dan satu lagi rasa betapa bangangnya diri aku ni berkawan baik dengan seorang genius tapi tak jadi genius jugak. I spent most of my time with her but I can't be like her. kau tak rasa aku punya self-esteem patut jatuh bergolek masuk longkang ke?


tapi takpe. aku still berbangga dengan apa yang bestfriend aku dapat/buat/bakal jadi :)


so, kisahnya aku tercampak masuk ke FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI. fakulti yang jauh beda dengan perjijian. but it's not that bad after all. and I'm doing my degree in FOOD BIOTECHNOLOGY ftw!! currently in sem 2. setakat ni best la. kenal kawan baru and stuff. and surprisingly my results are wayyyyy better now than in tamhidi, Alhamdulillah :D walaupun aku masih lagi sedih dengan pemergian Syarina ke Pandan nan Indah, aku berusaha la jugak cari kawan baru. and ada la dapat kawan dua tiga empat lima enam (amboi ramainya) ketul. tapi Syarina jugak best hehehe.


dan ramai lagi yang senasib dengan aku. I mean, bebudak tamhidi dentistry yang tak lepas masuk jugak. so diorang pun terkandas la di Nilai ini. ada yang amik kimio industri, electronic engineering, sains aktuari, dan juga fizik gunaan. course yang menyimpang habis dari dentistry tapi kitorang teruskan hidup jugak kehkehkeh. budak medic yang tak lepas pun ada jugak. bertempiaran la masuk course kat FST tu haha.


and all my rants about not having a boyfriend has ended heh heh. he's a friend yang aku kenal masa form 5 dulu masa Labu immersion kat sekolah gah dan gemilang yang kat atas bukit kat Malacca tuu. lost contact then jumpa balik kat twitter then borak2 (lama la jugak boraknya) then terus jadi. baru lagi so aku taknak la macam "bakal imamku" or do stupid videos macam cinta alang untuk fiqah and other kinds of sh*t those wempitz teens do nowadays haha. when the time comes, the time comes. no need to rush. kalau ada rezeki, adalah. kalau takde, nak buat macam mana. tapi kalau boleh, nak la ada rezeki dengan dia HAHAHA k. 


tapi semalam Syarina share tazkirah dengan aku pasal couple ni. kena pandai balance. Allah dengan Rasul-Nya lebih utama. dan juga family. bukan boyfriend. thank youuu so much for the tazkirah, Syarina. seriously, I need some pengisian kerohanian from time to time.


omg bawah mata aku dah bengkak. this is so embarassing T.T


maka sekian sahaja entry aku kali ni.  till I have the will to write again O/


p/s: congrats to all adik adik cemerlang SPM. USIM menyambut kedatangan adik adik dengan tangan terbuka. USIM k, USIM. bukan akak. akak taknak sambut korang. kbye.

0 comments:

Post a Comment

yours truly syaza atiqah