the gram

Friday, 27 October 2017

All Over?

The last time I blogged was two years ago. Itu pun takde apa sangat aku post lol macam la before ni blog aku ada specific content.

Okay la aku rasa aku update dulu la what’s going on now. Not like that anyone’s interested with my life but heck, I’m just gonna do it anyways.

Aku dah habis degree, just nak tunggu majlis convo je next month. Currently staying in Puchong Kinrara with my aunt sementara tunggu nak start jadi research assistant kat UPM. Everyone’s been asking me bila aku nak start. Truth is people, aku sendiri pun taktau so stop asking me the same question haha. I’m still with the same beau, 3 years and counting. Faqih pun dah grad and he’s now working in a developer company in Melaka, literally 5 minutes from his house. I’m a proud girlfriend hihi.

I don’t have anything to write about, actually. Post ni memang literally sesaje je nak buat. For the sake of dah lama tak bukak blog and nak baca balik posts lama aku. I like re-reading my old posts. Reminds me of how I was back in those years. Yg post time sekolah menengah tu, aku punya tak matang tu takyah cite la hahaha.

Aku ingat nak revamp blog aku and write something yang betul2 ada content la. Not just some rants and random thoughts je. Tp taktau nak tulis pasal apa. If any of my friends is reading this, suggest sikit nak aku tulis apa. I ain’t gonna write heavy issues here that’s for sure. Or taknak suggest pun takpe jemput la baca posts aku yg lama2 tu pastu takyah judgmental sangat haha. Tp aku nak cakap la kan, takyah buang masa la baca. I wrote about garbage je mostly (well, more like to all of it lol).


Kalau nak baca jugak, ikut korang la. You’ve been warned haha.

Thursday, 23 July 2015

ehe

tahun lepas dua kali update blog yes I know, don't care. 

so aku tengah cuti sem ni. tengah tunggu result final haritu. rasa macam teruk hmm just pray for the best la. bulan 9 ni masuk balik. sekejap je dah nak masuk tahun 3. some would say susah weh tahun 3 subjek berat blabla but I think that's how life works. makin lama makin susah kan. kau kena jugak hadap somehow.

oh btw selamat hari raya ketujuh guys :)

and sebabkan sekarang tengah syawal, maka instagram feed aku amat penuh dgn gambar raya. dan aku rasa alone. aku rasa ditinggalkan. bukan nak mengada tp tu la yg aku rasa. salah aku jugak sbb tak contact kawan lama tp aku tak contact sbb aku taktau nak cakap apa. aku ni jenis cepat awkward dalam conversation. tak reti nak panjangkan perbualan. jenis yg "lepas tanya apa khabar nak kena tanya apa lagi eh?" punya tak pandainya aku dalam bab ni. lagi satu, aku segan. kawan2 aku ramai yg hebat. bakal doktor la engineer la lawyer la study uk egypt jordan dah jejak merata tempat you name it semuanya hebat belaka. aku? haish. and and satu lagi, diorang kaya lol it's the truth man tp aku malas nak cakap lebih. conclusion is, I feel like I'm out of their league. aku cerita benda ni kat Syarina (sbb dia je kawan yg aku rapat yg aku takkan jadi awkward) tp aku tak rasa dia faham.

lol aku sendiri pun tak faham apesal aku nak touching sangat bab ni.

tp aku sedih. serius. dan lantas aku berfikir, kalau aku duduk kat bandar sikit mungkin aku takkan ketinggalan macam ni (ketinggalan macam mana aku pun taktau la hahaha kau layankan je aku kejap). I mean, kalau duduk bandar, aku lebih dekat dgn tempat yg best2 dan public transport yg boleh aku guna untuk ke tempat best2 tersebut. err faham tak apa aku cakap. ni duduk jelebu, dah la kampung, bas paling last pukul 6pm, nak lepak lebih masa sikit takleh sbb takut terlepas bas, and takde kawan pulak tu kat sini. kau faham tak kenapa aku rasa alone sekarang ni.

but but but. aku bukan alone yg "I sunyi, pm kalau you pun sunyi jugak (nak boy je)" kinda alone. hehe hi fachiu lol okay.

dah lama aku fikir benda ni tp makin parah time raya ni la. and tadi pun ada kawan whatsapp tanya rumah aku kat mana and bila aku cakap kat jelebu dia macam eh yeke kalau jelebu tak mampu la. see? see??

k done meroyan.

Friday, 11 April 2014

just me being dramatic

skyped with Faqih (the boyfriend) just now. and I miss him a lot. like seriously. padahal hari2 text/call/whatsapp.


"hek eleh kecoh la kau macam kau sorang ada boyfriend"


okay la fine la aku mengaku aku menggeleb sikit. tapi kasi la can sikit. ni first time kot. tak pernah ada. takde pengalaman.  alaa I bet orang yang dah lama bercinta pun kadang2 menggeleb jugak kan kan kan? mengaku je la. k.


the thing is, currently both of us are studying in different universities. me in Nilai and him in Sarawak. overseas kot Faqih ni kau jangan pandang rendah kat dia haha. so like no way la aku nak jumpa dia selalu. bila dia balik Semenanjung je baru la ada peluang nak jumpa. tu pun baru jumpa 2 kali since we got together. and we've been together for I don't know, 3 months maybe?


"alaa kau baru 3 bulan je. aku ni haa dah bertahun tak jumpa. chill je"


itu kau. ini aku. dulu dia ada jugak tanya aku boleh ke tak buat benda ni. I mean doing this long distance relationship and I said yeah sure ofkos kenapa aku tak boleh buat pulak like benda ni senang je kot takde hal la aku.


and I have never been so wrong in all my life.


I can't stand being away from him (err..aku pun sendiri geli buat statement tu. ah dahek la sekali ni je nak geli2). then there was this one time his phone was broken and we couldn't whatsapp each other. his phone really was broken. I know he wasn't lying. so masa tu aku memang rasa pishang la takleh nak borak free lagi. whatsapp kan free. texting/calling requires money and I am not willing to spend a fortune on that hehe. tapi dia la yang selalu call. kadang2 aku call sebab aku rasa tak aci la kalau asyik dia je yang keluarkan duit aku pulak senang lenang je. tak jadi pengikis kah aku begitu? k over. tapi faham kan maksud aku apa?


taktau nak cerita kat siapa benda ni. nak cerita kat Ibu macam tak kena je. either our conversation will get awkward or she will give a response like "haa tu la kau sibuk nak berboyfriend sekarang potpetpotpet..."


cerita kat kawan? jatuh maruah aku nanti. aku ni dah la bawak imej budak ala ala tough dan tak berapa nak gadis kat USIM tu. sekali aku cerita yang aku rindu rinduan sama pacarku. aishh perkara itu harus dihindari. and I'm sure Syarina taknak dengar aku cerita pasal pacarku.


cerita kat Faqih? respons terbahagi kepada 3:-

  1. I miss you too (normally)
  2. Hmm (masa dia mengantuk)
  3. I dah tanya dulu kan you tak kisah ke kalau kita duduk jauh2 ni. you jawab apa. you kata tak kisah kan potpetpotpet... (masa aku cakap kat dia yang ni semua salah dia aku dah rindu rinduan la macam2)

I like the 3rd one best hehe.



so..there you have it la. takde benda pun. malah kau akan muntah dek kegelian. takpe aku faham. silakan la muntah.


Faqih showed me his new haircut and he hated it but to be honest, potong rambut macam mana pun aku rasa rambut dia tetap...hmm k takde apa la haha. regardless of how he looks like, how megi his hair is, he is still my boyfriend. nah mangkuk pergi muntah jauh2 sana shuh shuh.


p/s: kadang2 geli jugak mentioning the word "boyfriend" like iyuuu muntah tapi kadang2 aku rasa macam candace yang tergila gilakan jeremy dia. I love this feeling.


hehehehehehehe

Saturday, 22 March 2014

setahun kemudian

assalamualaikum semua. agak lama aku tidak update blog ye. malas. ingat nak delete je blog ni tapi rasa sayang pulak. best tengok revolusi diri sendiri dari remaja hingusan 15 tahun sampai la sekarang ni dah 20 tahun dah dak Syaza ni :'D


seekor semut baru sahaja menggigit bawah mata aku. yes. bawah mata aku. sakitnya tak terperi.


anyway..


sekarang ni aku nak sembang pasal hidup aku lepas last entry aku. aku masih lagi di USIM tapi bukan degree in dentistry. result aku tak berapa mantap nak enter fakulti perjijian as expected. masa dapat tau yang aku tak dapat masuk, aku terus cakap kat Ibu. 

"Ibu, kakak tak dapat masuk dentistry."

masa aku cakap tu hati kering lagi tapi lepas tu aku terus nangis semahu mahunya. Ibu terus peluk aku cakap yang it's okay, it's not the end and stuff. takyah cerita la berapa banyak kali aku nangis. masa tu bulan puasa tahun lepas yang aku dapat tau tu. rasa putus asa. macam dah tertutup habis peluang aku. macam dah takde masa depan. Syarina dapat medic. lagi la aku rasa sedih nak mampus. satu sebab aku berjauhan dengan bestfriend aku dan satu lagi rasa betapa bangangnya diri aku ni berkawan baik dengan seorang genius tapi tak jadi genius jugak. I spent most of my time with her but I can't be like her. kau tak rasa aku punya self-esteem patut jatuh bergolek masuk longkang ke?


tapi takpe. aku still berbangga dengan apa yang bestfriend aku dapat/buat/bakal jadi :)


so, kisahnya aku tercampak masuk ke FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI. fakulti yang jauh beda dengan perjijian. but it's not that bad after all. and I'm doing my degree in FOOD BIOTECHNOLOGY ftw!! currently in sem 2. setakat ni best la. kenal kawan baru and stuff. and surprisingly my results are wayyyyy better now than in tamhidi, Alhamdulillah :D walaupun aku masih lagi sedih dengan pemergian Syarina ke Pandan nan Indah, aku berusaha la jugak cari kawan baru. and ada la dapat kawan dua tiga empat lima enam (amboi ramainya) ketul. tapi Syarina jugak best hehehe.


dan ramai lagi yang senasib dengan aku. I mean, bebudak tamhidi dentistry yang tak lepas masuk jugak. so diorang pun terkandas la di Nilai ini. ada yang amik kimio industri, electronic engineering, sains aktuari, dan juga fizik gunaan. course yang menyimpang habis dari dentistry tapi kitorang teruskan hidup jugak kehkehkeh. budak medic yang tak lepas pun ada jugak. bertempiaran la masuk course kat FST tu haha.


and all my rants about not having a boyfriend has ended heh heh. he's a friend yang aku kenal masa form 5 dulu masa Labu immersion kat sekolah gah dan gemilang yang kat atas bukit kat Malacca tuu. lost contact then jumpa balik kat twitter then borak2 (lama la jugak boraknya) then terus jadi. baru lagi so aku taknak la macam "bakal imamku" or do stupid videos macam cinta alang untuk fiqah and other kinds of sh*t those wempitz teens do nowadays haha. when the time comes, the time comes. no need to rush. kalau ada rezeki, adalah. kalau takde, nak buat macam mana. tapi kalau boleh, nak la ada rezeki dengan dia HAHAHA k. 


tapi semalam Syarina share tazkirah dengan aku pasal couple ni. kena pandai balance. Allah dengan Rasul-Nya lebih utama. dan juga family. bukan boyfriend. thank youuu so much for the tazkirah, Syarina. seriously, I need some pengisian kerohanian from time to time.


omg bawah mata aku dah bengkak. this is so embarassing T.T


maka sekian sahaja entry aku kali ni.  till I have the will to write again O/


p/s: congrats to all adik adik cemerlang SPM. USIM menyambut kedatangan adik adik dengan tangan terbuka. USIM k, USIM. bukan akak. akak taknak sambut korang. kbye.

Wednesday, 11 September 2013

Hi.

yours truly syaza atiqah